berita emas

berita emas

Monday, April 18, 2016

TIP UNTUK TAHU NAIK TURUN HARGA EMAS

🔬TIP UNTUK TAHU NAIK TURUN HARGA EMAS🔭

🎀Tips #1: Bila Harga Memuncak Tinggi.
Perangai harga emas, bila ia naik puncak tertinggi, ia akan turun dulu seketika sebelum naik balik ke puncak yang baru.

Cuma berapa banyak ia akan naik, dan berapa banyak ia turun, tak siapa yang tahu. Bila harga emas cecah puncak yang baru, itu masanya untuk jual emas bagi sesiapa yang nak pakai duit dalam masa terdekat. Bila harga emas turun, tambahkan lagi simpanan emas. Jangan tunggu harga turun lagi sebab ia akan naik balik pada bila-bila masa. Ramai kenalan saya yang tunggu harga paling rendah tapi akhirnya terpaksa beli harga lebih tinggi!

🎀Tips #2: Faktor Turun Naik Mendadak.
Naik turun harga emas secara mendadak banyak dipengaruhi oleh faktor ‘fundamental’ yang biasanya diluar jangkaan sesiapa pun.

Iaitu seperti bencana alam, kegawatan ekonomi, kenaikan harga minyak, peperangan, ketidak stabilan sesuatu negara seperti di Timur Tengah, inflasi dsb. Faktor yang telah dijangkakan juga mempengaruhi harga emas seperti nilai US dolar (Matawang US) yang menyusut dan krisis hutang di Eropah dan US. Individu dan bank-bank pusat akan beli emas untuk selamatkan kekayaan mereka bila mereka rasa dunia tak selamat, dan harga emas akan melonjak.

Setiap orang perlu menyimpan emas walaupun sikit sebagai ‘insurans’ masa depan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan tukarkan 10% kekayaan kita kepada emas. Tapi, atas keyakinan saya sendiri, saya tukarkan sebahagian besar simpanan saya kepada emas.

🎀Tips #3: Emas Terus Naik Jangka Panjang.
Mengikut indikator yang ada pada masa sekarang (2011), trend harga emas akan terus naik dalam jangka panjang. Mungkin 10 tahun lagi.

Krisis hutang di US dan penyusutan nilai dollar belum nampak jalan keluarnya lagi. Michael Maloney, pakar pelaburan emas & perak menjangkakan krisis ini akan membawa kepada hiperinsflasi dan keruntuhan sistem matawang kertas yang menyebabkan duit kertas tak bernilai lagi.

Jangan teragak-agak membeli emas selagi harga emas belum cecah USD5,000 seauns. Harga tertinggi setakat Sep
tember 2011 baru sahaja USD1,900.

🎀Tips #4: Harga Turun Jangka Pendek Adalah Biasa.
Harga emas memang ada turun naik dalam jangka pendek, tapi ia akan terus naik dalam jangka panjang.
Memang tak logik harga emas naik tapi tak turun-turun.  So, jangan risau kalau harga emas turun, terutamanya kalau anda baru sahaja membeli emas.

🎀Tips #5:  Mengukur Potensi Kenaikan Harga.
Lagi banyak harga emas jatuh, lagi besar potensi ia akan naik balik. Ini disebabkan kita masih dalam trend harga menaik (bull market).

Kalau anda orang baru, try check dengan dealer emas berapa harga emas tertinggi sebelum ini. Lagi rendah harga emas semasa berbanding harga tertinggi sebelum ini, jangan fikir panjang. Beli jer. Tapi kalau anda baru pertama kali membeli, jangan tengok harga tinggi rendah. Beli jer dulu at least 1 dinar.

🎀Tips #6: Waktu Terbaik Memborong Emas.
Bila harga emas jatuh banyak macam September 2011, itu masanya untuk memborong emas sebanyak mungkin.

Bukannya tunggu sebab takut harga turun lagi dan tak naik-naik dah. Harga emas mesti naik balik kalau kita faham isu besar yang hampir pasti akan berlaku pada sistem kewangan sekarang – keruntuhan sistem wang kertas (fiat).

Berdasarkan banyak indikator yang ada pada hari ini, Michael Meloney (pakar sejarah matawang) meramalkan akan berlaku keruntuhan sistem matawang dunia. Jika ianya berlaku, orang paling selamat ialah mereka yang simpan emas dan perak.

Kalau anda faham isu penyusutan nilai US Dollar, krisis hutang US dan negara Eropah, anda akan lebih takut untuk menyimpan duit kertas berbanding membeli emas pada harga tinggi. ‘Krisis’ begini tak mungkin akan selesai dalam setahun dua, bahkan

Michael Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” meramalkan ia adalah petanda awal keruntuhan sistem matawang kertas. Harga emas akan terus naik dan duit kertas bakat jadi sama taraf dengan ‘tisu tandas’ kata Tun Dr. M.

Wallahu a’lam

Friday, February 26, 2016

Tak Mampu beli emas? Meh kami kongsikan cara

Tips emas -

MAMPU KE AKU BELI EMAS???

Utk yg nak buat simpanan mgunakan EMAS, tp xmampu nak beli secara tunai, InshaAllah, mari kita cuba dgn cara ni..

CONTOH
Item: Rantai Tangan 916
Berat: 4.60gram
Harga sy hrni: *rm170/g x 4.60g = RM782

Arrahnu: *Bank Rakyat
Harga pajak hrni: *157/g, *pinjaman 65%
Nilai marhun: 157g × 4.6g = RM722.20
Upah simpan: *rm1.50/g sebulan (30hari)

Katakan gaji anda *rm1,500. Beli emas pd sy *RM782 secara tunai. Anda pajakkan emas yg dibeli td dalam arrahnu. JANGAN letak dikedai pajakgadai, sebab upahnya mahal.

(157g × 65%) × 4.6g
Jd, anda akan dpt pinjaman drpd arrahnu lbih kurang dlm RM469.43..

Ok la tu kan. Boleh je guna duit mcm biasa. Jd, pada bulan ptama, anda dah simpan duit lbih kurg sbnyk rm312.57..
(rm782 - rm469.43)

tiap2 bulan, apabila time gaji, pergi bayar di arrahnu..

Upah simpan brg 6 bulan:
RM1.50 × 4.60g
= RM6.90 × 6bulan
= RM41.40

RM469.43 + RM41.40(upah simpan)
= RM510.83 ÷ 6bulan
= RM85.138/sebulan

Jadi, tiap2 bulan anda bayar di arrahnu sebanyak rm85.138.. Selepas 6bulan, barang dlm arrahnu dah jd milik anda secara sah.

Tuesday, February 23, 2016

KONSEP REZEKI (KISAH SI PENJUAL AKHBAR)sungguh terkesan

Sungguh saya terkesan baca kisah ini.
Kredit kepada Fedtri Yahya.

Sekadar berkongsi......

KONSEP REZEKI

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum"

- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya.

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri.

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Wallahu a'lam

Friday, February 12, 2016

Cetusan Dr.Azizan Osman


📖🔋
Cetusan Dr.Azizan Osman
Klinik Usahawan IDCC Shah Alam 29 Nov 2015

💉2 sebab kerja atau terus berniaga
1⃣survive
2⃣value

🔑jd kan berniaga utk memberi value kpd org lain..terutama org yg kita sayang

🔑apa2 pun dalam kehidupan kita perlukn duit! cuba set matlamat hidup, ada tak matlamat yg kita set tu tak perlu duit???

🔑tujuan nak duit
1⃣Tenang
2⃣kebebasan kewangan
3⃣ kebebasan masa

🔑Berniaga bukan utk duit semata2, bila ada duit kita mampu memilih..
cth: nak pg umrah, bila kita berkemampuan, nak bwk satu keluarga pun tak ada masalah..

🔑berniaga perlu ada:
➡mentor
➡ilmu
➡sistem
➡tindakan (berani, luar biasa dan konsisten)
➡intention (niat)
➡impian

🔑perkara yg perlu jaga utk berjaya:
👉syukur
👉sujud
👉selawat
👉sedekah
👉silaturahim

🔑bisnes wujud bila ada:
masalah
manusia (keinginan)

🔑belajar dr kesilapan dan ikut je acuan orang yg berjaya!jgn terus mencipta alasan..

🔑belajar lawan akal yg selalu nak kita hidup di zon selesa, takut utk mencuba sstu yg baru. kena selalu positif! lawan lawan dan lawan.

🔑orang islam perlu kaya, untuk memartabatkan ekonomi islam, boleh bayar zakat byk2..bantu golongan susah..

✔bergantung pd Allah
✔ilmu
✔tindakan

🚀🚀🚀Fast Action! Fast Result!

🚀🚀🚀Fast Action! Fast Result!

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..

Kata2 motivasi hari ini.....👇👇👇

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China..
                 Jack Ma
Pengasas www.alibaba.com

Jack Ma  berkata,
"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung@penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp
(mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma,
"Apakah Rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari.  Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.  Kamu Tuai apa yg kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu  menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk minum, kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorng gadis yg cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah-marah, kamu mungkin menjadi org yang tidak disukai orang.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yg aman dgn orang-orang yangg kamu sayangi.

Beza antara Orang Ybg Berjaya dan Tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

#MotivasiSukses

Wednesday, February 10, 2016

Gunakan kelebihan yang kita ada di POWERGOLD

🤗🤗Gunakan kelebihan yang kita ada di POWERGOLD
iaitu...
1⃣☺mulakan saving ikut kemampuan..  walaupun 1 gram atau 0.5gram... malah harga kita antara yang terendah⏬ dan mampu milik berbanding pasaran luar.🏦

2⃣💞💞 dari 1 gram pertama ni akan menarik gram2 yang lain... percayalah.. emas ni ada auranya yang tersendiri... bila ada satu akan ada yang kedua dan yang seterusnya... Magnet kekayaan🤑... insyaallah kita akan terus mendaki... 🗻🗻

💪🏻💪🏻KELEBIHAN KITA?
kepingan kecil simpanan kita samada gold bar atau dinar boleh ditukarkan kepada gram yang lebih besar... malah boleh di tukar kepada barangan kemas📿📿 asalkan gram sama. Kalau tambah pun mungkin sedikit sahaja... kalau dulu kita tak mampu nak miliki barang kemas 💎💎yang besar2 dan berat2... sekarang peluang dah ada di depan mata..nak gelang atau rantai 30gram? Meh kumpul 1 gram sekarang target biar sampai 30gram... insyaallah kita akan berjaya😄

3⃣ 💰💰nak jual balik? Tunggu harga naik lebih dari harga belian...
💪🏻 KELEBIHAN KITA?
🤔Spread harga terendah.. antara 6~8% bermaksud bila kenaikan harga emas melebihi 10% dah boleh jual dan dapat untung... 👍🏻
🤔DAN harga buy back kita antara tertinggi di pasaran..
Nak untung lagi? Masuk dalam lelong jual dengan harga sedikit lebih rendah dari pasaran xsampai 5minit dah habis orang sapu... Haha...
Xnak jual? Boleh pajak kat ar-rahnu... ada duit boleh tebus...

💍💍Ada duit belum tentu ada emas...
💸💸Ada emas sudah tentu ada duit...

🔵Percayalah...
waktu kita susah dan terdesak belum tentu orang dapat bagi pinjam wang...belum tentu orang mampu membantu seperti yang kita harapkan...

🔵Simpanlah emas sebagai penyelamat ekonomi kita..
BERMULAH SEKARANG...

🌻🌻"Lebih baik menyemai benih walaupun peluang hidup dan bercambah 50/50 kerana harapan untuk dapat hasil tetap ada... berbanding langsung xbuat apa2 kerana akan dapat TIADA APA DI AKHIR NNT... "🌻🌻

Perkongsian dari kami....
Tiezarpowerbiz

Tahu tak yang rakyat Malaysia hidup gelisah diusia senja.. kenapa?

💥Tahu tak yang rakyat Malaysia hidup gelisah diusia senja.. kenapa?

👉Hutang
👉Rumah
👉Kereta
👉PTPTN
👉Loan2 lain yang kecil2..

💥Semua akan dibayar dengan kwsp, las2 tinggal untuk makan minum 5thn je..

💥Dulu mesti tengok duit dalam kwsp bangga sebab duit banyak, itu pemikiran pendek kita yang analisis.. Yang pemikiran panjang, kita memang jarang pakai..

👏Macam mana nak buat !

👉Mulakan simpanan emas.

👉Nilai 1gram emas 999.9 jika disimpan akan meningkat nilainya.

👉Nilai rm100 jika disimpan akan lama2 jadi macam rm10 je..

👉Dulu air kopi 10sen je.. lepas 10 tahun nak jadi rm1,lagi 10 thn mungkin rm5 segelas..

👉Emas tadi tetap dengan kuantiti 1grm.. tahun 2000 nilai rm20 - rm30 segrm..

👉Tahun 2015 nilai naik jadi rm175 - 190 segram.

👉Nasihat saya bagi anda, jom beli emas.

👉Simpam EMAS untuk JANGKA PANJANG. Tetapi, FUNGSIKAN EMAS untuk JANGKA MASA PENDEK dan JANGKA MASA SEDARHANA. Jangan jadikan emas yg disimpan TIDAK BERFUNGSI.
Saya dah..🙋🏻🙋🏻🙋🏻

DINAR EMAS : Alternatif Kewangan Dalam Menghadapi Cabaran Global

Keluar di TV1 pada 30 January mengenai simpanan emas! 😊✌👍
.
"DINAR EMAS : Alternatif Kewangan Dalam Menghadapi Cabaran Global".

Ni info tentang emas ya kawan kawan..😊
1990 = Rm28 1gram (orang kata mahal)
2000 = Rm46 1gram (orang kata mahal)
2010 = Rm120 1gram (orang kata mahal)
2016 = Rm190 1gram (orang kata mahal)

😞Dari tahun 1990 hingga 2016, kenaikan lebih 500 %😰. Memanglah ada dalam setahun tu, harga emas turun naik tapi dia turun sikit je, bila waktu dia naik, dia akan naik lebih dari sebelum ni. Boleh tengok fakta emas dari tahun 1990 sampai 2016 tu.😄

🎀 Kesimpulannya, takkan kita nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Memang mimpi jela ya.

😄Ohhh ya, pakar Ekonomi cakap, dalam Berita Harian (bukan sy cakap ya..😊), tahun 2020 harga emas dijangka mencecah RM503/gram😊.

Nak percaya, benda belom pasti. Taknak percaya, rekod sebelum ni dah membuktikan kenaikannya.😊

Terpulang pada korang semua ya. Saya hanya sharekan aje kepentingan menyimpan emas ni. Dan saya pun sentiasa beli emas ni. Sebab apa?? Sebab emas tu kan ASET..

🌲 TANAH, aset yang tak semua orang mampu beli. Kekadang tu hanya mampu tengok je laaa 😅 .

🏡 RUMAH, aset yang tak semua orang mampu beli jugak, ada yang hanya mampu tengok dan berangan jela utk memilikinya..😕

💎 💍EMAS, aset yang MUDAH MILIK utk semua. Dalam RM100 pun dah boleh dapat emas syiling 0.5gram.

So apa lagi alasan korang nak bagi???!!!
Jom start menabung emas drpd sekarang ya.

🌟🌟1g 1bulan 1keluarga🌟🌟

Fobia simpan emas?

Jawapan untuk Post 7 Perkara Orang Kita FOBIA Suruh Simpan Emas

1 TAKUT KENA ZAKAT?
Untuk makluman semua, zakat hanya akan dikenakan bila sudah menyamai atau lebih 85 gram. Kalau dah boleh simpan 85 gram tak kan zakat tak mampu? sesungguhnya zakat ini penyuci harta tau. ;)

2. TAKUT RUGI?
Macam mana boleh rugi? Sedangkan emas yang kita beli tu nilainya tidak akan susut malah makin meningkat. Sekitar tahun 90an dulu 1 gram cuma RM28.. Sekarang RM194. Rugi ke tu? Yang rugi kita yang tak mula menyimpan dari dulu. Setuju ke sangat setuju?

3. TAKUT KENA ROMPAK?
Siapa yang akan rompak kita kalau kita pandai jaga barang kita. Tidak menunjuk-nunjuk. Kalau gold bar dan gold coin tu kita simpan elok-elok di rumah in shaa Allah tiada masalah. Kalau ada banyak boleh simpan di bank. :)

4. TAKUT KENA TIPU?
Takut kena tipu dengan siapa? Saya? Jangan risau. Power Gold kalau beli emas, dapat emas dan kita sendiri simpan emas tu. Kalau masih ragu-ragu boleh buat macam saya. Setiap kali emas saya sampai di tangan. Saya akan bawa emas tu ke kedai emas dan ke arrahnu untuk cek ketulenan emas tersebut. Ternyata tulen emas 999.9 24K. Masih ragu?

5. TAK TAHU NAK JUAL BALIK KAT MANA?
Biar saya bagitahu, cara asas nak tukar emas kita kepada duit ada 3 cara :
i) Jual semula pada ahli, bukan ahli dan prospek
ii) Jual semula pada syarikat Power Gold
iii) Pajak di tempat pajak gadai

Mudahkan? Jangan risau.. Selagi namanya emas, di mana-mana pun laku. Di luar negara pun laku. :)

6. Susah nak bahagi kepada anak-anak bila meninggal dunia kelak.
Yang nie kena ikut kebijaksanaan masing-masing. Belum ada pengalaman. Tapi macam mana kita boleh bahagi harta lain seperti rumah, wang dan tanah. Benda sama boleh guna untuk emas rasanya.

7. TAKUT DUIT MAKIN BERKURANG?
Kalau dah membeli, wajib la duit akan kurang. Tak gitu? Tapi kena tengok semua barang apa yang kita beli tu. Kalau yang kita beli tu baju baru, beg baru, kasut baru dll. Cuba bayangkan 10 tahun lagi. Masih ada lagi ke baju, beg dan kasut tu. Kalau masih ada, masih baru kah?

Sebab tu saya cadang beli emas. Emas kalau apapun berlaku tetap emas. Walau patah pecah jadi debu pun tetap emas. Tetap bernilai. Kalau duit? Terkoyak pun ada kedai dah tak terima.

Jelas kan? Dari masih ragu kah? Jom simpan emas. Hubungi saya segera. ;)

Respon kepada Post 7 Perkara Orang Kita Fobia Suruh Simpan Emas

AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH

AMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH

Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku :
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Kalau ringgit jatuh, apa yang masih tinggal?

Yang tinggal hanyalah kertas yang tak ada nilai sebenar di dalamnya.

Ia cuma sekeping kertas yang ditulis nombor dan nilainya bergantung sejauh mana kekukuhan ekonomi dan politik negara.

Bila hilang kestabilan negara, ia tak ada nilai yang melekat pada kertas tu sendiri.

Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah. Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang.

EMAS ADALAH PEMEGANG NILAI YANG PALING UNGGUL.

Takzirah zakat emas

Takzirah zakat emas - Takzirah zakat emas

Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab

- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.

- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000

= RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.

Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram

Pengiraan zakat perak.

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.

- Haul ialah tempoh masa setahun

- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)

Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%

Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999

Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500

Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500

= RM112.50

Kesimpulan.

Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.

Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak

Sunday, February 7, 2016

Cara nak tahu padu atau tak?

|SEDIKIT TIPS BARANG KEMAS|

Cara nak tahu padu atau tak?

💎 tanya pd penjual, penjual tanya supplier, supplier tanya pada kilang

💎 guna pengalaman yang ada,  timbang berat kat tangan dan besar barang kemas, nanti boleh agak

💎 ikut patern, biasa yang padu, patern pasir, mesin, dunhill, putera puteri, gajah dan sebagainya

💎 pegi tanya kat kedai emas

💎 bila gadai kat Rahnu Yapiem dia ada tulis "D" pada barang kemas mewakili alat penguji densitymeter

🎀 Antara Barang Kemas yang ada dalam bentuk padu dan tak padu.
(Dipanggil juga sebagai 2 alam)

Rantai Jenis :

1. gajah
2. lipan
3. pasir

Yang dua alam macam ni kita boleh tengok berat dan besar BARANG KEMAS tak sepadan @ besar tapi ringan

👩🏻 sebagai penjual nasihatkan pembeli untuk beli yang padu kerana lebih kukuh mempunyai nilai pelaburan yang tinggi,
sebab emas akan untung dalam jangka masa yang lama

Contoh: 5 tahun ke atas ikut turun naik harga emas semasa

💄jika beli BARANG KEMAS yang kosong tapi ringan,

contoh:  Rantai Tangan (rt)  kosong berat 3gram

pakai 5 bulan, putus, kemek, rosak, nak jual balik dah rugi,
sbb kita ahli Power Gold memperjuangkan simpan emas untuk masa depan, untuk pelaburan.

👗 yang kosong dan ringan memang senang jual dan cust ramai yang terpikat sebab besar tapi ringan

🌷 trade mark "emas bukan sekadar hiasan" 🌷

👑 Jika customer nak jugak yang ringan kosong terpulang pada dia sebab kita dah bagi tahu.

🌂 Jika beli sekejap rosak customer tak boleh salahkan kita sebagai penjual, sebab kita  dah maklum.

💝sharing dr group master stokis💝

PETUA BERSIHKAN BARANG KEMAS

PETUA BERSIHKAN BARANG  KEMAS

Boleh cuba mana-mana cara berikut.

1⃣ AIR SUAM

Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi & ubat gigi. Bilas bersih & rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.

2⃣ AIR SUAM & ASAM GELUGOR

Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih & sejatkan di atas kain kering.

3⃣ AIR ASAM JAWA & JUS LIMAU NIPIS

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih & lihatlah hasilnya.

4⃣ TEH CINA

Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas & rendam semalaman. Bilas dengan air bersih & lihatlah hasilnya.

Selamat Mencuba.

Mengapa 1 dinar = 4.25g

✨✨☀Mengapa 1 dinar = 4.25g✨✨☀

Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzanti:ne yang berasal daripada negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara. Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga. Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18 H atau 20 H, Saidina Omar r.a telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra. Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6% atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.

 1DINAR = 2.975g dirham X 10 / 7dinar
=4.25g

Bermula semasa pemerintahan islam Khulafa ar-Rasydin
Saidina Umar Al-Khatab..telah menyeragamkn berat emas untuk dinar..iaitu 4.25g

Bukti 1 dinar= 4.25g x harga semasa 180rm.. 4.25x180= 770.40rm..
Sama x 1 ekor kambing skrg regenye camtu

Harga 1 ekor kambing pada tahun 2020.. berpandukan sejarah lama.. harga emas rm503/g( ramalan). bermakna 4.25x503= rm 2137.75... wowww mahalnye rege seko kambing tahun 2020...NANTIKAN..

Dinar tu hny matawang yg tlh dipiawaiankn brt dia 4.25g...so klu dia guna 22K pn dia ttp dinar klu brat dia 4.25g...

C&p

Ada orang tanya....wang fiat tu apa....???

🌻🐝🌻🐝🌻🐝🌻🐝🌻🐝
MARI TAMBAH ILMU TENTANG WANG DAN EMAS

Ada orang tanya....wang fiat tu apa....???
▶Wang fiat ialah duit kertas, syiling 😁 Duit yg kita pakai nie di panggil wang fiat
▶Sbb skrg nie duit yg dicetak ni tak disandarkan pada emas.
▶Floating dan mudah dimanupulated
Tu sbb duit kita nie ade inflasi
▶cer tgk tiap2 tahun nak raya jer tgk mcm2 color duit kuar..hijau la oren la..😀😀
Tau x brp kos cetak duit...😀😀
▶Kos dlm sekeping tu maybe dlm 20c jer tp bila dicetak rm100 tgk bape besar margin keuntungan
▶Sape yg kuarkan duit nie??
Tu sbb bila duit dah melambak kat pasaran sampai masa kita akan alami inflation statik
▶Malaysia nie selalu kata tahap inflation dlm 4%.. tapi hakikat dah dekat 10%
▶Tu sbb simpanan kita dlm bentuk wang tu kena tolak inflation nie 10%
▶Tu sebenar nilai duit kita
Tu sbb bila kita simpan gold..kita dah selamatkan kekayaan kita
▶Kita sebenar ditahap inflation yg tinggi...barang akan sentiasa melambung naik
▶slmtla sape yg ade simpanan emas
Wat masa nie.gold is real money💰💰💰
▶Uols kan selalu baca surah alkahfi..hari jumaat.. pemuda yg Allah tidokan dlm gua selama 309 thn tu bila terjaga ade dirham dlm poket...so bole guna tuk beli mknn ..masih laku walau dah beratus tahun
▶Rm nie fiat money..bukan matawang sebenar...dr zaman nabi lg dinar dan dirham yg digunakan
▶Tgk betapa berharganye dinar dan dirham.. cer klu simpan rm10 dlm poket mau hancur dah..
▶Tgk kan org zaman dulu...kumpul duit baru beli tanah...pastu buat rumah kecik dulu..ade duit lg wat besar plak
▶apa tu inflation statik...
▶Inflation statik tu x leh nak repair..x leh nak betulkan
🌻🐝🌻🐝🌻🐝🌻🐝🌻🐝🌻

Cas Positif

=====================
⚡ Cas Positif 🔋🔋 ⚡
=====================

🚀 Apabila kita baca sesuatu yg baik cuba kita apply pd diri kita & keluarga bukan cari kesalahan orang.

🚀 Sibukkn diri dgn mencari keaiban diri sehingga tiada masa & tenaga melihat kesilapan org lain.

🚀 Apabila kita menjadi baik & penuh kasih syg, maka kita akan menjadi cth kpd keluarga & kawan kita.

🚀 Dlm tanpa sedar, kita sbnrnya sedikit demi sedikit kita tlh pun mengubah dorg.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Kesimpulannya:.-

" Dunia dalaman kita menentukan dunia luaran kita. Kalau kita nampak byk negatif ertinya kita byk negatif dlm diri kita "
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Info umum bagaimana cara memajak di arrahnu✨✨✨

Info umum bagaimana cara memajak di arrahnu✨✨✨

💥Apa yang perlu di bawa?
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

💥Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

💥Berapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website. Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

💥Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

💥Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

💥Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

🔢Cara pengiraan untuk renew surat:

Pajakan pertama;
Nilai emas = rm10,000
Pinjaman 65% = rm6,500
Upah simpan (rm0.70 x 10,000) = rm70

Renew;
Nilai emas = rm12,000
Pinjaman 65% = rm7,800
Upah simpan (rm0.70 x 12,000) = rm84

Baki rm1,300 akan dibayar sebagai tambahan pinjaman

Tapi itu kalau harga emas naik masa kita pegi renew surat. Kalau harga emas turun? Kita kena tambah pulak baki pinjaman. Sebab tu bg yg biasa gadaikan emas di arrahnu, biasanya duit pinjaman tu xkan digunakan semua. Ada cikgu yg pernah pesan kat saya, sebaik2nya kita gunakan 10% sahaja dr pinjaman. Selebihnya, kita simpan utk tebus emas kita nnt bila kita cukup modal. Allahua'lam..

Jom simpan emas

☝️gram☝️bulan☝️keluarga

Kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional

🌟Kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional

💥Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

🔥Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)

 Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

 💧Nilai Gadaian Tidak Merosot

Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.

 🔥Wang Lebih Gadaian Dipulangkan

Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

💧Barang Kemas Yang Disimpan Selamat

Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

🔥Caj perkhidmatan Yang Rendah

Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

💧Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.

Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.

 🔥Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah

Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

💧Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan

Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

🔥 Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya

Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.. 💫