berita emas

Friday, November 13, 2015
5 SEBAB KENAPA KITA PERLU SIMPAN EMAS SEKARANG
📚 Jom kita semak 5 sebab kenapa kita perlu simpan emas sekarang:
1) KESELAMATAN 🔐
💡 Sedar tak? Wang yang kita simpan di bank akan hilang secara perlahan2. Setiap kali nak draw duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang2 bila akaun bank kita tak aktif, pihak bank akan sedut je baki yang ada dalam bank tu.. Pernah kena tak?
2) PERLINDUNGAN ☔
💡 Simpanan dalam bentuk wang fiat (syiling & duit kertas yg kita simpan sekarang ni) akan sentiasa di mamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan turun. Tengok la nilai RM berbanding USD skrg. Sedih.. 😓😢 💸
💡Emas pula kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Yang paling best. Kekayaan kita tidak akan berkurangan jika simpan emas. Sebab tu la raja2 suka simpan emas. 👑 Raja kan kaya
3) MUDAH DICAIRKAN 💧
💡 Selain emas, kita juga boleh melabur dalam pasaran saham, hartanah, properti dan bon.
🏡🚘
💡Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pada satu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu ambil masa yg panjang untuk dijual atau ditukar kedalam bentuk wang.
💡 Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya kedalam bentuk wang 💵💵 dimana saja seluruh dunia ni. Sebab apa? Sebab permintaan terhadap emas ni memang sentiasa tinggi ⬆⬆ terutamanya di kedai2 emas,kedai pajak gadai, peminat emas dan lain2.
4) TAHAN LAMA
💡 Aset seperti rumah,kedai, kereta, surat berharga malah wang kertas akan mudah terbakar atau berendam didalam air apabila berlakunya bencana alam ☔⚡🌊. Nilainya juga akan hilang.
💡 Emas pula bersifat tahan pada api dan air. Emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius. 🔥🔥
5) HAK PEMILIKAN DAN PENGELOLAAN SENDIRI
💡 Anda beli emas, anda dapat emas, anda pegang emas, anda simpan emas dan anda yang menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.
💡 Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yang mampu menghalang diri anda sendiri untuk mengambilnya apabila perlu.
💡Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila-bila masa sahaja boleh dilaksanakan.
💡Namun, sekiranya aset anda dalam bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yang lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dalam keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan.
💡 Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sebagai contoh, agak sukar untuk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yang sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yang segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment