A: Harga emas ni siapa kawal ya???
B: Harga emas siapa?
A: Harga emas semua ni😅
Maksudnya kalau ada naik turun ni, sape naikkan...sape turunkan?
B: Basically supplier yg control dlm apa jenis jual beli pun.. Demand vs supply
A: Maksudnya kalau macam ada orang bagitau harga emas turun. Semua harga emas di Malaysia? Dunia? Atau kedai tu je turun?..😅
B: Besar cabang tu..
Bergantung kepada kedai atau syarikat tu mcm mana dia niagakan emas dia..
A: O yeke. Jadi kalau emas Powergold ni turun harga, emas Powergold je la yg turun?
B: Macam Powergold, syarikat ni akan bergantung pada AGC. AGC pulak bergantung pada harga emas spot dan money exchange.
Tapi emas Poh kong dan Habib pulak, mereka biasanya bergantung pada jualan dan stok. Kalau stok RM190/g tak habis jual lagi (atau belum balik modal lagi), walau harga dah turun RM5/g pun mereka tetap tak kan turunkan.
A : AGC tu apa?
B: Amethyst Gold Creation,
Kilang pengluar emas Powergold. Dekat emas kita ada tulis.
A: Ok. Yg pasal Persatuan Emas tu pulak?
B: Persatuan Malaysia ke persatuan ada group² tertentu? Atau persatuan international?
A: International?
B: FGJAM?
A: Fgjam?? Apa tu??
Singkat sangat singkatan tu...
Tak faham.
B: Federation of Goldsmith and Jewellers Association of Malaysia.
A: Oh... Yg tu emas M'sia?
B: Mereka lebih kepada badan persatuan je dan akan benchmark harga berapa nak letak.
A: Jadi, ahli persatuan tu siapa? Powergold?
B: But still bergantung jugak kepada kedai utk tetapkan harga. Ahli persatuan ni syarikat² emas besar seperti Wah Chan, Poh Kong, Habib, kedai emas Lim Tat, Sri Ayu, AGC dsb.
A: Jadi mereka tahu dari mana harga emas tu nak kena naik atau turun?
B: Dari spot gold. Harga emas dunia dan money exchange
A : Harga emas dunia siapa tentukan?
Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia🌏 ialah jumlah permintaan terhadap emas dan jumlah penawaran emas di dalam pasaran📊. Sekarang mari kita lihat dari mana datangnya permintaan terhadap emas.
Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri🏭
2. Untuk kegunaan pelaburan🏢
3. Permintaan daripada bank-bank 🏦negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas💍
5. Lain-lain kegunaan👑
Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula
Jadi, perbezaan diantara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku. Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com
Bagaimana harga emas harian dibuka?
Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh 5 anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank. Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).
5 anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut. Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.
Harga emas di pasaran ada kala naik ada kala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab membeli emas✨ ketika ada duit dan harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas✨. Antaranya:
Faktor 1⃣ – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India pada June 2010.
Faktor 2⃣ – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar US berbanding ringgit mengukuh jatuh harga emas akan naik. Kenapa? Harga emas di nilai dengan menggunakan Dollar US. Apabila US Dollar naik, kita memerlukan lebih ringgit untuk membeli emas.
Faktor 3⃣ – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik. Ini teori permintaan dan penawaran.
Faktor 4⃣ – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.
No comments:
Post a Comment